Tag Archives: Salah laku

Ibu ke kebun, ayah ratah anak di rumah


Miri, 23 November :: Petang yang sunyi di sebuah rumah panjang di Batu Niah petang kelmarin dijadikan peluang oleh seorang ayah untuk memuaskan nafsu serakahnya dengan memperkosa anak gadisnya sendiri.

Ketika isterinya keluar ke kebun, si ayah menggunakan peluang berkenaan untuk mendekati anak perempuannya yang sedang meningkat remaja.

Mangsa berusia 13 tahun yang merupakan anak tunggal pasangan berkenaan, sama sekali tidak percaya yang dirinya diperlakukan sebegitu oleh ayah kandungnya sendiri.

Menurut sumber, suspek yang berusia 50-an, secara tiba-tiba menerkam dan mengoyakkan pakaian anaknya yang sedang leka menonton televisyen di ruang tamu kediaman mereka. Ketika kejadian jam 2.30 petang itu, kebanyakan penduduk dewasa termasuk ibu mangsa keluar rumah untuk mengusahakan kebun dan ladang sawit.

Ibu mangsa yang sedang letih selepas balik dari kebun dikatakan terkejut melihat ‘aksi’ terkutuk suaminya terhadap anak mereka sendiri. Berang dengan perbuatan suaminya, ibu mangsa bertindak membawa keluar mangsa sebelum melaporkan kejadian itu di Balai Polis Batu Niah pada jam 3 petang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Ismail Idris, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan suspek segera ditahan sebaik laporan diterima.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dipenjarakan selam 20 tahun beserta sebatan.


Gara-gara berkemban, gadis malang diperkosa


Ampang :: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang ‘berkemban’ sebaik keluar dari bilik air apabila diperkosa seorang kenalan di dalam rumahnya di Pandan Indah, di sini, malam kelmarin.

Lelaki warga Myanmar terbabit dipercayai menyelinap masuk ke bilik mangsa ketika gadis itu mandi.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki itu menyerang mangsa dari arah belakang.

“Mangsa yang juga pelayan restoran terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, bagaimanapun tidak dapat melarikan diri apabila suspek menolak mangsa hingga dia terjatuh ke lantai,”

“Suspek memaki-hamun mangsa supaya dia tidak melawan. Lelaki itu kemudian membuka tuala dipakai mangsa sebelum memperkosanya,” katanya.

Sumber berkata, beberapa jam kemudian suspek keluar dari rumah berkenaan dan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementari itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amirudin Jamaludin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sumber :: Harian Metro