Warga Malaysia belanja purata RM46 sebulan bagi internet mudah alih


Kuala Lumpur :: Rakyat Malaysia membelanjakan purata US$15 (RM45) sebulan bagi Internet mudah alih, satu segmen yang berkembang lebih dari sekali ganda sejak tahun lepas dengan pertumbuhan dijana terutamanya oleh pengguna dalam golongan usia 15-25 tahun.

Empat kegiatan utama berkaitan mudah alih yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah menghantar emel, mengakses laman perangkaian sosial, memuat turun nada dering dan menghantar mesej segera, demikian menurut kaji selidik Indeks Net 2011 Yahoo! hari ini.

“Penggunaan telefon bimbit yang ada ciri pintar dan pelan data termampu, ciri-ciri canggih seperti fungsi panggilan dan teks, capaian kepada laman web mudah alih dan ciri-ciri multimedia memang lumrah di kalangan rakyat Malaysia,” kata kaji selidik itu.

DiGi adalah penyedia perkhidmatan telefon pintar dan mudah alih paling terkemuka di Malaysia dan menguasai 47 peratus pasaran, diikuti oleh Maxis 32 peratus dan Celcom lapan peratus.

Ia juga berkata, berbanding negara-negara Asia Tenggara lain, rakyat Malaysia cenderung memiliki telefon bimbit mahal termasuk telefon pintar.

Menurut tinjauan itu lebih dari 60 peratus pengguna mudah alih di negara ini memiliki telefon bimbit bernilai US$100 (RM312) dan hampir seperempat memiliki telefon bimbit yang berharga lebih dari US$300 (RM937) berbanding telefon berciri harga rendah yang digunakan meluas di Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Berbeza dengan pasaran Asia Tenggara lain di mana Nokia merupakan pengeluar dominan, Malaysia adalah satu-satunya pasaran yang didominasi Sony Ericson dengan penguasaan pasaran sebanyak 39 peratus, diiikuti oleh Nokia 26 peratus serta Blackberry dan Apple masing-masing enam peratus.

sumber :: Bernama


One response to “Warga Malaysia belanja purata RM46 sebulan bagi internet mudah alih

  • Kenapa kena aktifkan fungsi mobil untuk blog? | Nazim's For ReaL

    […] Masa memula buat blog lagi NM memang dah aktifkan fungsi mobil ni, sebab NM suka online guna gajet-gajet kecil yang boleh NM bawa ke mana je… Kat tempat kerja, sesekali NM akan ambil peluang untuk online sekejap. Kat klinik, bustop, shopping mall atau kat mana-mana je, sementara tak ada benda nak dibuat NM mesti akan online. Guna Smartphone bagi NM lebih memudahkan berbanding nak mengusung Laptop, NM rasa hampir semua orang pun akan fikir macam NM juga. Dan ternyata NM tak silap menduga bila baru-baru ni terbaca tentang penggunaan internet mudah alih di Malaysia… […]

Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: