Kondominium jadi sarang GRO warga Vietnam


Melaka :: Satu sindiket pelacuran yang aktif di negeri ini sejak sekian lama dengan menjadikan wanita warga Vietnam sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur tumpas apabila diserbu anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka, semalam.

Operasi dijalankan di dua unit sebuah kondominium di Klebang, dekat sini, jam 12.30 tengah hari itu menahan 29 wanita berusia 18 hingga 55 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Kamalludin Ismail, berkata anggotanya terpaksa memotong kunci pintu sebuah unit kondominium itu selepas keengganan seorang wanita berusia 55 tahun dipercayai ibu ayam memberikan kerjasama.

“Serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Negeri, Salmah Omar bersama 14 anggota selepas menjalankan risikan selama dua minggu dan hasil maklumat awam,”

“Pasukan kami menahan 29 wanita warga Vietnam iaitu 12 wanita ditahan di unit pertama manakala bakinya di unit kedua. Ketika diserbu, mereka tidak melarikan diri, sebaliknya ada yang tidur dan makan,” katanya dalam sidang media di sini, kelmarin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap semua yang ditahan mendapati mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 serta perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Katanya, risikan dilakukan mendapati dua unit kondominium berkenaan dipercayai hanya dijadikan tempat penginapan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati dua daripada ditahan tinggal lebih masa, lapan tiada pas manakala 19 lagi termasuk ibu ayam itu menyalahgunakan pas lawatan,”

“Mereka masuk menggunakan pas lawatan sosial, namun bekerja di sini, malah ada yang datang semula selepas sebulan pulang ke negara asal dan memasuki negara ini pada hari sama,” katanya.

Kamalludin berkata, hasil risikan mendapati sindiket itu menggunakan modus operandi dengan mengambil wanita berkenaan di kondominium itu jam 7.30 petang sebelum dihantar ke pusat hiburan.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, selain kad kerja semua wanita itu, enam ikat resit perkhidmatan dirampas.

“Terdapat dua resit iaitu kuning dan putih dengan kuning untuk khidmat minuman manakala putih untuk khidmat seks,” katanya.

sumber :: myMetro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: