Keldai dadah, usah rasa simpati


Kuala Lumpur :: Wanita tempatan yang dijadikan keldai dadah tidak perlu diberi simpati berlebihan kerana berdasarkan kajian dan siasatan dilakukan Polis Diraja Malaysia, kebanyakan mereka tahu mengenai dadah yang cuba diseludup serta mereka mendapat bayaran lumayan hasil kerja haram terbabit.

Simpati daripada masyarakat hanya membuatkan wanita terutama golongan remaja yang terbabit menjadi keldai dadah mengambil kesempatan mengaku ditipu sindiket tertentu dan merayu supaya dibantu selepas mereka ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kajian terhadap latar belakang keldai dadah warga Malaysia yang ditahan di luar negara mendapati golongan terbabit terdiri daripada wanita yang bebas pergaulannya serta mengamalkan cara hidup mewah.

“Kami dapati mereka (wanita) berusia 20 hingga 30-an ini terjebak menjadi keldai dadah kerana ingin mendapatkan dan kemewahan secara mudah dan cepat. Kebanyakan mereka juga sebenarnya tahu apa yang mereka bawa,”

“Jangan beri simpati secara berlebihan kepada mereka, kerana kita khuatir keldai dadah ini mengambil kesempatan dan mengaku mereka ditipu untuk meraih bantuan. Perkembangan ini seterusnya membuatkan ramai lagi individu berani terbabit dalam kegiatan ini,” katanya.

sumber :: myMetro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: