Tidak tahan dihantui dosa silam, lelaki mengaku culik dan bunuh rakan


Muar :: Sesal dengan dosa silam dilakukan lebih dua tahun lalu, seorang lelaki mengaku terbabit dalam kes pembunuhan rakan sekampungnya walaupun keluarga mangsa sudah membayar wang tebusan RM100,000 ketika dia disoal siasat berhubung kes jenayah lain, 25 November lalu.

Pengakuan penganggur itu terbabit dalam kes culik dan bunuh Koh Wei Seang, 21, yang disumbat ke dalam tong dan disimen serta dicampak ke parit di Kampung Parit Punggur Darat, Jalan Sri Tanjung di sini, membawa kepada tangkapan tiga lagi rakannya.

Difahamkan empat sekawan berusia antara 24 hingga 28 tahun iaitu jurutera, nelayan, pekebun dan penganggur itu menculik rakan sekampung mereka dekat Parit Jawa dan meminta wang tebusan RM1juta daripada keluarga mangsa. Oleh kerana keluarga mangsa hanya membayar RM100,000, mereka membunuh Koh yang mayatnya ditemui sekumpulan lima remaja jam 4.15 petang, 21 Mac 2009.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, hasil tangkapan semua empat suspek berkenaan, pihaknya percaya kes itu berjaya diselesaikan dan semua suspek dijangka didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

“Seorang suspek yang ditahan bekerja sebagai jurutera di ibu negara manakala dua lagi suspek bekerja di daerah ini sebagai nelayan dan bekerja sendiri,”

“Siasatan mendapati semua suspek adalah kenalan mangsa. Mereka ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan ,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

Menurutnya, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti dan pihaknya akan menjalankan secara terperinci sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwahraya.

Katanya, empat suspek berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh digantung sampai mati.

Dua tahun lalu, media melaporkan sekumpulan pelajar yang dalam perjalanan untuk memancing terkejut menemui tong bersimen mengandungi mayat lelaki dalam parit di kawasan terpencil di Parit Punggor Darat, 2.5 kilometer dari jalan utama, jam 4.15 petang, 21 Mac 2009.

Bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada penculik meminta wang tebusan RM1juta namun hanya mampu membayar RM100,000. Keluarga mangsa melaporkan kehilangan mangsa kepada polis pada 17 Mac 2009, sebelum mayat Koh ditemui tiga hari kemudian.

sumber :: myMetro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: