AirAsia tawar tambang 10 sen


Kuala Lumpur :: AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan kos perjalanan sehingga serendah 10 sen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, bermula tengah malam hari ini.

Tambang perjalanan itu adalah kira-kira 80 destinasi domestik dan antarabangsa termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Jakarta, Bali, Medan, Bangkok, Hat Yai, Phuket dan Hanoi.

“Tahun ini sudah tentunya merupakan tahun yang menakjubkan buat kami,”

“Kami bangga kekal sebagai pilihan paling popular di kalangan pelanggan selama 10 tahun sekarang dan kami akan terus melakukan yang lebih baik untuk tahun-tahun yang akan datang dengan menyediakan ‘Pengalaman AirAsia’ yang menarik kepada setiap orang menerusi tambang murah yang hebat,” kata Ketua Serantau bahagian komersil AirAsia, Kathleen Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Tempoh tempahan adalah bagi empat hari sehingga 11 Disember 2011, bagi tempoh perjalanan bermula 1 Julai hingga 27 Oktober 2011.

Tan berkata, selain daripada tambang yang luar biasa murah ini, ia juga akan mengurangkan bayaran pemprosesannya yang terpakai bagi semua urus niaga dalam talian yang dibuat menerusi kad kredit atau kad caj di laman web daripada RM8 setiap pelanggan bagi setiap sektor, kepada hanya RM5 setiap pelanggan bagi setiap sektor.

Beliau berkata urus niaga debit langsung masih terus percuma dengan tujuh rakan kongsi banknya di Malaysia.

Tambang itu yang bagi perjalanan sehala sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api dan bayaran tidak wajib lain.

sumber :: Bernama


One response to “AirAsia tawar tambang 10 sen

Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: