Terdesak halang kekasih ke KL, lelaki buat panggilan palsu


Ipoh :: Akibat terdesak menghalang kekasihnya berhijrah ke Kuala Lumpur, seorang pekerja jualan langsung membuat panggilan palsu bom hingga mengakibatkan gerabak keretapi bersama 1,200 penumpang terkandas di Tapah Road, Tapah, Khamis lalu.

Bagaimanpun, suspek berusia 25 tahun itu dijejaki sebelum dicekup pihak polis pada Sabtu lalu.

Siasatan awal polis mendapati suspek mengaku panggilan berkenaan bagi menyekat perjalanan kekasihnya yang dipercayai mahu menaiki keretapi ke Kuala Lumpur pada pagi hari kejadian. Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata suspek ditahan kira-kira jam 6.10 petang di Teluk Intan sebelum direman selama lima hari sehingga Khamis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Beliau berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada jam 1.45 pagi khamis lalu menerima panggilan berkenaan yang memaklumkan terdapat bahan letupan ditanam di salah satu daripada 21 jambatan di laluan sepanjang 76 kilometer antara Tapah Road – Tanjung Malim.

“Bertindak daripada maklumat itu, kami terlebih dahulu menasihatkan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) supaya menangguhkan operasi mereka bermula kira-kira jam 2 pagi hingga 1 tengahari di laluan berkenaan bagi membolehkan polis dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menjalankan siasatan,”

“Kami terpaksa memeriksa setiap jambatan di sepanjang laluan itu sebelum berjaya menemui satu objek mencurigakan iaitu satu botol plastik mineral dibungkus dengan tikar plastik ditimbus dengan batu di Jambatan Sungai Pekan Lama, Sungkai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad.

Katanya, objek berkenaan sudah diletupkan dan hasil pemeriksaan tiada unsur bahan letupan ditemui pada objek itu, malah ia langsung tiada kaitan dengan panggilan palsu berkenaan.

Mohd Syukri berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia 1280 yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu itu.

sumber :: myMetro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: