Remaja perempuan melemaskan bayi sendiri


Segamat :: Panik sebaik melahirkan bayi hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki, seorang remaja berusia 15 tahun sanggup menekap mulut bayinya hingga lemas dan kemudian menyoroknya di bawah katil dalam bilik tidur di rumahnya.

Malah, dia yang bersalin berseorangan dalam bilik tidur di rumahnya di Palong 1, Gemas, sanggup menarik keluar bayi dari kandungan bgi mempercepatkan kelahiran, kerana bimbang tangisan bayi itu didengari keluarga.

Bagaimanapun, kejadian berlaku jam 11.30 pagi 30 November lalu akhirnya diketahui juga oleh keluarganya apabila dia mengalami tumpah darah sehingga mukanya menjadi pucat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, bimbangkan kesihatan anak yang semakin lemah, ibu bapa berkenaan membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Palong.

“Bagaimanapun, petugas di klinik berkenaan kemudian meminta remaja terbabit menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah,” katanya.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: