Rakan maut dibelasah sekumpulan lelaki di depan mata


Butterworth :: Seorang lelaki hanya mampu melihat rakannya maut dibelasah sekumpulan lelaki dengan menggunakan kayu dan topi keledar di Jalan P Patto, Raja Uda, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 5 pagi selepas mangsa, M Jegathiswaran, 25, dan rakannya dalam perjalanan pulang selepas bermain snuker. Mereka menaiki kereta jenis Kia Rio sebelum dihalang sekumpulan lelaki bermotosikal sebaik memasuki Jalan P Patto, dekat sini.

Kumpulan lelaki terbabit mengarahkan mangsa keluar dari kereta sebelum membelasahnya dengan kayu dan topi keledar hingga cedera parah di muka dan kepala.

Bagaimanapun, rakan mangsa berusia 25 tahun tidak diapa-apakan, tetapi tidak dapat membantu mangsa kecuali melihat rakannya menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat pendarahan di kepala.

Rakan mangsa berkata, dia tidak tahu punca mangsa dibelasah kerana secara tiba-tiba kenderaan mereka dihalang kumpulan lelaki itu.

“Saya tidak berani melawan kerana mereka ramai dan diberi amaran agar tidak masuk campur,” katanya.

sumber :: myMetro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: