Penyeludup telan dadah serang polis, ditembak mati


Kuala Lumpur :: Seorang lelaki warga Nigeria yang menelan ketulan dadah dan berada di bawah tahanan polis ditembak mati selepas dia mengamuk dan menyerang anggota polis yang mengawasinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin.

Lelaki berusia 31 tahun itu maut selepas terkena tiga das tembakan sejurus dia menyerang polis dan berlaku pergelutan selama beberapa minit di wad 18, katil 10 hospital itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, berkata kejadian berlaku jam 9.45 malam itu dan suspek sebelum itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya serta dipercayai menelan ketulan dadah untuk menghapuskan bukti.

Menurutnya, suspek tiba di Malaysia pada Khamis lalu sebelum ditahan polis di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, keesokannya kerana menerima aduan suspek membuat kecoh dan mengganggu orang ramai.

“Polis menjalankan pemeriksaan apabila mempercayai suspek berada di bawah pengaruh dadah sebelum menahannya pada jam 11.13 pagi (kelmarin),”

“Suspek dimasukkan ke HKL pada jam 1.40 tengahari semalam berikutan imbasan X-ray mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah jenis syabu dirampas daripada mangsa adalah 46 ketul seberat 831.41 gram bernilai RM300,000.

sumber :: myMetro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: