Diperkosa adik lelaki ibu tiri lepas tonton bola


Jertih :: Padah menerima pelawaan menonton perlawanan bola sepak bersama adik lelaki ibu tiri, seorang pelajar berusia 15 tahun dirogol suspek di rumah ibu suspek dekat sini, Ahad lalu.

Selepas kejadian di Kampung Beting Lintang, dekat sini, mangsa berturutan dirogol suspek dua kali lagi di rumah datuk saudara mangsa di kampung yang sama pada Isnin dan Selasa selepas itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa mengikut suspek untuk berbual di depan rumahnya selepas menonton bola sepak sebelum dia dirogol tengah malam itu. Beliau berkata, mangsa sekali lagi dipaksa mengikut suspek mengadakan hubungan seks di atas pangkin dalam pagar rumah datuk saudara mangsa di kampung yang sama pada jam 7.30 malam.

“Mangsa dirogol kali ketiga di depan rumah datuk saudara mangsa pada hari seterusnya kira-kira jam 10 malam,” katanya.

Katanya, mangsa yang takut dengan kejadian itu mengadu perkara berkenaan pada seorang saudaranya.

Menurutnya, keluarga mangsa membawanya ke Balai Polis Kampung Raja, dekat sini, membuat laporan kejadian itu khamis lalu.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: