Kanak-kanak empat tahun, maut dihempap pokok kelapa


Jertih :: “Saya rasa sayu mengingatkan perubahan perangai Muhammad Faiz Hakimi yang menjadi terlalu manja serta sering meminta diriba dan dibelai, rupa-rupanya petanda dia akan pergi untuk selamanya,” kata Rogayah Mohamad, 41, ibu kepada Muhammad Faiz Hakimi, 4, yang maut ditimpa pokok kelapa, petang kelmarin.

Dia berkata, kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu bagaikan mimpi ngeri yang memeritkan, namun sebagai ibu, dia reda dengan pemergian itu dan menerima takdir itu dengan tabah.

“Sebelum kejadian, jiran dan anak tiri berpakat untuk menebang pokok bagi mengelakkan kemalangan akibat keadaan cuaca tidak menentu sebelum mereka melakukan kerja-kerja penebangan pada sebelah petang,”

“Saya nampak kelibat anak datang ke arah saya dari sebuah kedai runcit selepas membeli makanan ringan, namun pokok itu tiba-tiba tumbang menyembah bumi, menyebabkan saya terkejut dan sayu apabila mengenangkan peristiwa itu kembali,” katanya.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, Muhammad Faiz Hakimi dikatakan bermain berseorangan tanpa pengawasan keluarga berdekatan tempat abang tirinya, Mahadi Mansur, 20, dan jirannya Saufi Junoh, 42, bersedia menebang sebatang pokok kelapa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika Mahadi dan Saufi menebang pokok kelapa berdekatan rumah mereka di Kampung Gong Dasar, Jabi, dekat sini, mereka tidak menyedari kehadiran mangsa yang bermain tidak jauh dari mereka.

Katanya, ibu bapa mangsa dan beberapa jiran yang berada berdekatan tempat Mahadi dan jirannya bekerja juga tidak menyedari kehadiran Muhammad Faiz Hakimi.

“Sebaik menumbangkan pokok, Mahadi bersama Saufi memeriksa pokok itu untuk mengerat batangnya tetapi terkejut mendapati seorang kanak-kanak dalam berlumuran darah di bawah rimbunan daun pokok,” katanya.

Kamaruddin berkata, keluarga mangsa kemudian mengejarkan Muhammad Faiz Hakimi ke Hospital Besut sementara Mahadi bergegas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja selepas itu.

Bagaimanapun, katanya, mangsa yang cedera parah di kepala serta beberapa bahagian badan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut.

sumber :: Metro Ahad


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: