Tidak tahan dengan kontroversi, Apek terfikir bersara awal


Kuala Lumpur :: Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak menafikan pernah terfikir bersara awal daripada karier kesayangannya itu garahgara tidak tahan dilanda kontroversi demi kontroversi membabitkan kisah di luar padang.

Mengakui lemas apabila sering dihambat dengan cerita sensasi dipaparkan media, Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek merayu dia diberi ruang untuk memberi tumpuan kepada kariernya.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir untuk bersara awal. Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas,”

“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, di sini semalam.

Pada majlis itu, penjaga gol berusia 22 tahun itu meraih Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat tahun kedua berturut-turut berikutan kecemerlangannya membantu Kelantan menjuarai Liga Super musim lalu.

Apek turut menjadi tonggak kejayaan skuad bawah 23 tahun negara yang mempertahankan pingat emas Sukan SEA Indonesia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, reputasi pemain kelahiran Kota Bahru itu tercalar dengan kontroversi terbaru membabitkan penyebaran lima gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar menerusi beberapa blog hiburan.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: