Peniaga parah ditikam peragut


Kuala Lumpur :: Niat murni dua beradik menahan seorang lelaki dipercayai peragut membawa padah apabila seorang daripada mereka parah ditikam suspek yang bersenjatakan pisau selepas bergelut di dalam kejadian di Kampung Wira Jaya, Wangsa Maju, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun dan adiknya berusia 26 tahun dilaporkan berniaga di kedai mereka di kawasan mereka.

Menurut sumber, mereka terkejut apabila mendengar jeritan kuat orang meminta tolong berhampiran kedai mereka.

“Dua beradik itu bergegas keluar sebelum melihat seorang lelaki memakai topi keledar berlari ke arah mereka dalam keadaan mencurigakan,”

“Sebaik suspek melintas hadapan mereka, dua beradik terbabit memeluk untuk menahannya,” katanya.

Sumber berkata, belum sempat si adik memberikan bantuan kepada abangnya yang bergelut dengan penjenayah itu, suspek mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam mangsa.

“Akibat tikaman itu, mangsa rebah manakala suspek melarikan diri meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, si adik kemudian bergegas membawa abangnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), untuk rawatan.

Selepas abangnya dirawat, mangsa membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan sebelum dirujuk ke Balai Polis Wangsa Maju.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: