Pasangan suami isteri terkejut dengan penemuan janin di tebing sungai


Seberang Jaya :: “Saya curiga dengan kelibat seorang lelaki mengorek tanah, manakala seorang wanita pula yang berada berdekatan kelihatan gelisah sambil memerhati kawasan sekeliling,”

“Ketika itu saya hanya memerhati gerak geri mereka dari jauh sebelum mengejutkan suami yang sedang tidur,” kata seorang wanita yang menemui janin yang ditanam berhampiran kawasan tebing sungai di Lorong Tenggiri 10, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, dia ternampak kelibat pasangan terbabit yang ke kawasan itu dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira jam 3 petang.

Katanya, pada mulanya dia tidak mengesyaki sesuatu tetapi apabila meliaht lelaki itu mengorek tanah dengan menggunakan penyodok seperti dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan mula mencurigai sesuatu.

“Gerak-geri lelaki berkenaan dan wanita yang berbaju kurung itu sungguh mencurigakan menyebabkan saya berasa ada sesuatu yang buruk dilakukan mereka,”

“Saya dapat lihat pasangan berkenaan berusia dalam lingkungan 20-an berada dalam kawasan itu dalam tempoh kira-kira 20 minit sebelum beredar dengan menaiki motosikal,” katanya.

Menurutnya, perasaan ingin tahu menyebabkan dia dengan ditemani suami pergi ke tempat tanah dikorek itu.

Katanya, dia kemudian mendapati terdapat kesan timbus dan ada dua batang kayu dipacakkan di tanah itu.

“Suami saya mengorek tanah berkenaan dan terkejut apabila menemui janin cukup sifat tertanam di situ. Menggeletar kami berdua dan tidak menyangka melihat janin yang ditanam pasangan terbabit,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian terus menghubungi polis bagi memaklumkan mengenai penemuan janin itu.

Katanya, dia dan suaminya terus menjaga janin itu agar tidak dimakan kucing dan anjing yang banyak berkeliaran di kawasan berkenaan sementara menunggu ketibaan anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan awal mendapati janin dipercayai berusia dalam lima bulan.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: