Cadang tubuh Bank Belia bantu peniaga baru


Kuala Lumpur :: Bagi membantu golongan muda mendapatkan pinjaman produktif untuk memulakan perniagaan, Pergerakan Pemuda Umno sekali lagi akan mengusulkan cadangan penubuhan bank khas untuk membantu golongan muda dikenali sebagai Bank Belia.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, hampir 25 peratus daripada mereka yang muflis dari tahun 2005 hingga tahun ini adalah mereka yang berusia dibawah 40 tahun disebabkan golongan itu lebih cenderung untuk berhutang, namun hutang itu bukan pinjaman produktif bagi meningkatkan tahap ekonomi mereka.

Menurutnya, walaupun mengakui sumbangan agensi lain, namun kewujudan Bank Belia itu perlu bagi membantu menawarkan pinjaman serta program perintis kepada usahawan muda di negara ini. Katanya, bank ini nanti bukan saja berkhidmat dan memenuhi keperluan orang muda, malah harus dibiar diuruskan sepenuhnya oleh orang muda bagi melihat pencapaian mereka dalam bidang perbankan.

“Bank ini tidak akan memberi pinjaman mudah atau kemudahan yang menambah beban serta hutang kad kredit tetapi menyumbang hanya untuk keperluan produktif yang menjana pendapatan seperti pinjaman modal pusingan serta modal memulakan perniagaan bagi usahawan muda,”

“Pemuda Umno percaya bank ini akan menjadi perintis kepada golongan muda untuk memulakan perniagaan dan menjadi landasan golongan muda untuk berjaya dalam bidang itu,” katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: