Mekanik rogol anak jiran dipenjara 12 tahun


Kuala Lumpur :: Seorang mekanik hari ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Seksyen di sini selepas didapati bersalah kerana merogol anak jirannya yang berusia 19 tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Azmizam Dolah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguan Haris Saleh yang mewakili tertuduh menangguhkan pelaksanaan hukuman itu bagi memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan Azmizam, 36, didakwa merogol gadis berkenaan di sebuah rumah yang terletak di Taman Aman Putra, Jinjang Utara, Sentul di sini pada jam 1.30 petang, 21 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Maline Anne telah mengemukakan seramai tujuh orang saksi manakala pembelaan memanggil tiga saksi termasuk tertuduh untuk memberi keterangan.

sumber :: Bernama


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: