Sepasang kekasih maut dalam kemalangan


Ipoh :: “Kedua-duanya sudah lama mengenali antara satu sama lain dan keluarga juga merestui hubungan mereka. Kami sedih hubungan mereka berakhir begini,” kata ahli keluarga Ain Nadia Baharuddin, 21, yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Ain Nadia dan rakan sekuliahnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Muhammad Hilmi Md Yussoff, 21, terbunuh sebaik kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Ipoh-Lumut, di sini.

Ahli keluarga Ain yang enggan dikenali berkata, arwah berasal dari Kampung Dato Ahmad Said Tambahan, Manjoi di sini, adalah anak bongsu dari lima beradik manakala Muhammad Hilmi berasal dari Hulu Kinta.

Dia berkata, kedua-duanya sudah berkenalan lama sebelum sama-sama mendapat peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama.

“Kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini. Kami terkilan kerana hasrat arwah untuk menukar kursus diploma diikutinya kepada ijazah sarjana muda tidak kesampaian,” katanya sedih.

Muhammad Hilmi adalah penuntut program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di UiTM Seri Iskandar manakala Ain penuntut program diploma bidang yang sama. Difahamkan, Ain Nadia ketika ini mengikuti program penerapan untuk menukar program diplomanya ke program ijazah sarjana muda.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awan dan Trafik Ipoh, Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta kancil dipandu Muhammad Hilmi dalam perjalanan dari Jelapang ke Lumut, gagal memotong sebuah kenderaan di hadapannya dan bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, kereta kancil terbabit tercampak kembali ke laluan menghala ke Lumut dan dilanggar sebuah kereta Honda CRV manakala lori tersebut terbabas ke kiri jalan,” katanya di sini semalam.

Wan Sharuddin berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa tersepit pada mulanya menyangka hanya seorang mangsa di tempat duduk pemandu berikutan seorang lagi mangsa terperosok ke bawah kereta yang remuk itu.

Kedua-dua mangsa dipercayai sedang menuju ke kampus UiTM Seri Iskandar.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, petang semalam.

sumber :: Metro Ahad


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: