Perogol bersiri kantoi, gagal rogol mangsa ke-20


Kota Bahru :: Pemburuan Polis Kelantan terhadap seorang lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir apabila suspek berjaya ditangkap ketika cuba merogol mangsanya di sebuah asrama, di sini kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.10 pagi, gadis yang berusia 20-an itu yang bekerja sebagai jurujual hampir menjadi mangsa ke-20 sebelum lelaki tersebut memerangkap dirinya sendiri apabila suaranya menarik perhatian jiran mangsa. Jiran mangsa tersebut kemudiannya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang wanita yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di asrama berkenaan.

Penjaga asrama bersama dua orang lelaki yang bekerja di sebuah kedai berhampiran datang menyiasat kerana menyangka ada penghuni yang membawa masuk teman lelaki. Namun mereka terkejut dan segera menahan suspek selepas mendapati suspek cuba merogol suspek yang diikat dengan wayar seterika.

“Dua pekerja itu menahan lelaki tersebut dengan segera sebelum diserahkan kepada pihak polis,”

“Saya nampak ada kesan luka di pipi mangsa dan tangannya diikat dengan wayar seterika,”katanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan kes sedang disiasat, sementara suspek telah ditahan.


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: