Bimbang sakit jantung malam pertama


Kuala Lumpur :: Lelaki berusia yang berkahwin dengan wanita muda dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan kaunseling seksual daripada pakar.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Profesor Madya Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, ini penting kerana mereka perlu tahu tahap kesihatan, terutama jantung, tekanan darah dan paras gula dalam darah.

“Ada kalanya lelaki lanjut usia akan berdepan risiko sakit jantung akibat terlalu gembira ketika bersama pasangan pada malam pertama,”

“Sekurang-kurangnya ia dapat membantu pasangan mendapat nasihat bagi memastikan kesejahteraan keluarga dan mengelak isteri tidak berpuas hati dengan layanan suami,” katanya.

Sambil tidak setuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menyifatkan perkahwinan membabitkan warga emas dan wanita muda serta perancangan menambah cahaya mata sebagai langkah kurang bijak, beliau berkata, ia hanya pendapat individu semata-mata.

“Malah, tidak mustahil pasangan berkenaan memperoleh cahaya mata sekerap mungkin selagi si suami tidak mempunyai masalah kesihatan lain,” katanya.

Dr Shaiful Bukhari berkata, proses pembentukan sperma dalam lelaki berlaku seumur hidup hingga terus mampu melakukan hubungan intim dengan pasangan lebih muda untuk memperolehi zuriat.

“Bagi lelaki, berumur 70 atau 80 tahun, ia bukan penghalang kerana mereka masih bertenaga dan memiliki kesuburan, ditambah dengan pasangan yang jauh lebih muda,” katanya.

sumber :: Metro Ahad


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: