Warga emas maut dilanggar bas


Tawau :: Seorang lelaki warga emas maut apabila dilanggar oleh sebuah bas yang sedang mengundur di Kilometer 12.8, di sini hari ini.

Warga emas berusia 81 tahun itu, yang dikenali sebagai Lo Ching Kai, mati serta-merta di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, ketika kejadian jam 8.30 pagi itu, Ching Kai yang baru membeli surat khabar berada di belakang bas itu untuk ke seberang jalan bagi mengambil keretanya, namun dia dilanggar oleh bas berkenaan yang sedang berundur.

“Pemandu bas tersebut tidak menyedari kehadiran Ching Kai dibelakang bas yang dipandunya, sebelum berundur” katanya.

Pemandu bas terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: