Ibu ke kebun, ayah ratah anak di rumah


Miri, 23 November :: Petang yang sunyi di sebuah rumah panjang di Batu Niah petang kelmarin dijadikan peluang oleh seorang ayah untuk memuaskan nafsu serakahnya dengan memperkosa anak gadisnya sendiri.

Ketika isterinya keluar ke kebun, si ayah menggunakan peluang berkenaan untuk mendekati anak perempuannya yang sedang meningkat remaja.

Mangsa berusia 13 tahun yang merupakan anak tunggal pasangan berkenaan, sama sekali tidak percaya yang dirinya diperlakukan sebegitu oleh ayah kandungnya sendiri.

Menurut sumber, suspek yang berusia 50-an, secara tiba-tiba menerkam dan mengoyakkan pakaian anaknya yang sedang leka menonton televisyen di ruang tamu kediaman mereka. Ketika kejadian jam 2.30 petang itu, kebanyakan penduduk dewasa termasuk ibu mangsa keluar rumah untuk mengusahakan kebun dan ladang sawit.

Ibu mangsa yang sedang letih selepas balik dari kebun dikatakan terkejut melihat ‘aksi’ terkutuk suaminya terhadap anak mereka sendiri. Berang dengan perbuatan suaminya, ibu mangsa bertindak membawa keluar mangsa sebelum melaporkan kejadian itu di Balai Polis Batu Niah pada jam 3 petang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Ismail Idris, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan suspek segera ditahan sebaik laporan diterima.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dipenjarakan selam 20 tahun beserta sebatan.


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: