Gadis jual panties terpakai melalui blog


Seorang pelajar kolej berusia 19 tahun di Singapura menjual seluar dalam terpakai secara online pada harga S$45 (RM104) setiap satu.

Dia juga memberikan bonus tambahan, video klip yang menunjukkan gadis itu sedang membuka seluar dalamnya, untuk pelanggan yang membeli dua seluar dalam.

Gadis yang hanya dikenali sebagai Felica, telah memulakan perniagaannya sejak bulan lalu melalui blognya.

Pada mulanya dia menjual seluar dalamnya dengan harga S$30 (RM70) setiap satu, namun dia telah menaikkan harganya bermula 1 November lalu.

Felica menulis entri di dalam blognya dengan memaparkan gambar-gambar dari paras leher ke bawah dengan memakai pelbagai jenis seluar dalam, termasuk jenis T-Black dan rekaan biasa yang comel.

Setakat ini gadis tersebut dipercayai telah berjaya menjual sebanyak 16 pasang seluar dalam dan menerima lebih 200 komen di laman blognya.

Menurutnya, dia menjalankan perniagaan itu untuk menampung sedikit perbelanjaan dan yuran pengajiannya. Semua seluar dalam yang dijual akan dipakai oleh si gadis sekurang-kurangnya selama 12 jam.

Ketika ditemuramah oleh sebuah akhbar, gadis itu enggan mendedahkan identitinya dan bercadang untuk menghentikan pemberian klip videonya.

“Saya tidak boleh mendedahkan identiti saya dan membenarkan orang mengenali saya,” katanya.

sumber :: Sin Chew Daily


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: