Kejadian kebakaran di Tanjung Aru Baru, mangsa terjun laut bersama anak


Kota Kinabalu :: “Ketika kejadian saya baru hendak melelapkan mata, namun dikejutkan bunyi letupan dari rumah jiran sebelah dan mendapati api marak serta merebak ke rumah saya,” Benyamin Basuan, 65, seorang dari mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, lebih 129 rumah atas air, dihuni 1,011 penduduk musnah menyebabkan mereka hilang tempat tinggal.

Benyamin berkata, dia tidak sempat menyelamatkan harta bendanya termasuk tiga motosikal dan dokumen penting termasuk kad pengenalan.

“Saya baru membelanjakan hampir RM15,000 membaik pulih rumah bulan ini, namun semuanya musnah dijilat api,”

“Wang RM2,000 yang baru dikeluarkan semalam untuk melawat keluarga di Brunei turut terbakar. Saya dengan keluarga tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

Pesara kakitangan kerajaan itu bagaimanapun bersyukur kerana keluarganya terselamat daripada kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Walaupun harta benda musnah. Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat,”

“Ketika kejadian saya baru hendak tidur, sementara 15 ahli keluarga termasuk anak dan cucu sedang tidur. Bagaimanapun, mereka semua berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Penduduk, Ashrul Jauh, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri dan anak perempuan berusia setahun sedang nyenyak tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas jiran memaklumkna berlaku kebakaran.

“Saya bergegas keluar dan melihat api menjulang setinggi bangunan dua tingkat. Saya terus menarik tangan isteri sambil mendukung anak untuk terjun ke laut kerana laluan utama untuk keluar sudah terbakar,”

“Saya terpaksa berenang bersama isteri dan anak saya untuk mencari tempat lebih selamat sejauh lebih 50 meter,” katanya.

Sementara itu, Faridah Laute, 59, kejadian disedari anak lelakinya berusia 19 tahun yang mengarahkan mereka keluar kerana api sedang marak.

“Saya hanya sempat mengambil beberapa dokumen penting sebelum keluar bersama anak yang berusia sembilan tahun,”

“Semua harta benda musnah dijilat api. Saya tidak tahu dimana untuk berteduh, kerana kami tidak mempunyai keluarga apatah lagi suami telah lama meninggal dunia,” katanya.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: