Dua kali disuntik pelali tapi gagal diperkosa


Kuching :: Seorang wanita nekad mempertahankan kesuciannya daripada diragut walaupun dalam keadaan separuh sedar selepas disuntik ubat pelali sebanyak dua kali oleh seorang lelaki yang cuba merogolnya di sebuah panggung wayang mini di Jalan Rubber di sini, selasa lalu.

Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun yang bertugas di sebuah stesen penyiaran di bandaraya ini bersendirian ke tempat kejadian, sebelum tangannya ditarik seorang lelaki dikenali sebaik memasuki panggung mini itu, kira-kira jam 7.20 malam.

Menurut sumber, suspek menarik mangsa sebelum menyuntiknya dengan ubat pelali menyebabkan wanita berkenaan cuba melawan, namun tidak berdaya.

Katanya, melihat mangsa cuba melawan, suspek bertindak lebih agresif apabila menggunakan kakinya untuk ‘mengikat’ tangan wanita berkenaan sebelum menyuntik kali kedua.

“Suntikan itu menyebabkan mangsa menggigil dan separuh sedar, namun dia menguatkan tenaga untuk melawan suspek yang masih berusaha untuk merogolnya,”

“Suspek turut didakwa cuba memeluknya, namun mangsa sekali lagi melawan. Pada masa yang sama, mangsa beberapa kali ditolak ke sofa, namun perbuatan suspek melakukan perbuatan keji itu gagal,” katanya.

Suspek keluar dari bilik berkenaan sebelum menghantar mangsa ke pejabatnya.

Sumber berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Satok di sini, pada petang keesokan hari.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama kerana cubaan merogol dan suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: