Dompet hilang cetuskan ‘kekecohan’ dua negara


Kuala Lumpur :: Berita kehilangan seorang rakyat Malaysia ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, yang tersebar melalui Facebook dan Twitter kelmarin, bukan saja menggemparkan tanah air, malah boleh mencetuskan ‘kekecohan’ antara dua negara.

Ahmad Firdaus Arham, 26, berkata dia tidak menyangka salah faham mengenai penemuan dompetnya dalam stadium berkenaan menyebabkan dia disangka hilang hingga menimbulkan keadaan panik di tanah air dan Indonesia, sedangkan dia selamat pulang ke tanah air, pagi kelmarin.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada semua yang prihatin mengenai keselamatannya, namun sedikit terkilan kerana terdapat pihak menuduh dia sengaja menimbulkan kekecohan itu dan mengambil kesempatan terhadap keadaan hubungan kedua-dua negara yang menghadapi beberapa isu sensitif.

“Pagi tadi (semalam), saya dihubungi beberapa pihak daripada jabatan kerajaan yang ingin kepastian berhubung berita melalui laman sosial dan dimaklumkan perkara terbabit serius kerana membabitkan hubungan dua negara,”

“Saya tidak menyangka perkara ini jadi serius, tetapi saya tidak bersalah kerana saya tidak hilang… yang hilang hanya dompet saya di Kompleks Mangga Dua, dua hari sebelum perlawanan akhir itu,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: