Kecoh, photo pre-wedding bogel


Shanghai :: Sebuah persatuan jurugambar perkahwinan di sini, menyeru agar gambar pra perkahwinan dalam keadaan berbogel tidak dipotretkan. ini berikutan dari trend terbaru pasangan muda di negara ini yang gemar merakam gambar pra perkahwinan dalam keadaan bogel.

Persatuan Peniaga Perkahwinan Shanghai mengatakan perilaku seperti ini adalah tidak menghormati institusi perkahwinan itu sendiri. Mereka juga berkata, akan mengambil tindakan ke atas studio-studio yang merakam gambar pra perkahwinan seperti itu.

“Kami tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini dirakam, ini kerana ia melanggar adat konservatif masyarakat Tiong Hua terhadap institusi perkahwinan,” kata wakil presiden persatuan itu , Ia Lina.

Menurut sumber, beberapa studio fotografi telah mula menawarkan pasangan yang akan berkahwin dengan pilihan-pilihan potret pra perkahwinan dari keadaan separuh bogel, ditutupi objek pada tempat tertentu hingga ke pilihan berbogel sepenuhnya.

Seorang pengamal undang-undang, Liu Chunquan berkata, bahawa hal ini tidak melanggar mana-mana akta, namun tindakan undang-undang berkaitan pornografi akan dikenakan sekiranya gambar itu disebarkan.

sumber :: Shanghai Daily


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: