Fakta dan sejarah Youtube


Hampir seluruh dunia mengenali Youtube, saluran perkongsian video melalui internet. Namun tidak semua yang mengetahui sejarah disebalik kewujudan Youtube, salah satu dari fenomena media baru…

Apa yang harus anda tahu?

1 :: Youtube ditubuhkan pada bulan Februari 2005 oleh tiga orang bekar pekerja PayPal, iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

2 :: Pejabat pertama Youtube terletak di tingkat atas sebuah Restoran Pizza dan Restoran Makanan Jepun di San Mateo, California.

3 :: Video pertama dimuatkan di dalam Youtube, bertajuk ‘Me at the zoo’ yang dimuat naik oleh pengasasnya sendiri, Jawed Karim. Sehingga kini video itu masih boleh ditonton dalam Youtube.

4 :: Program Beta Youtube pertama kali dilancarkan pada Mei 2005, sebelum pelancaran rasmi pada November 2005.

5 :: Lebih 65,000 video telah dimuat naik dengan tontonan 100 juta penonton setiap hari dalam tempoh lapan bulan Youtube dilancarkan secara rasmi.

6 :: Pada November 2006, Universal Tube & Rollform Equipment Pt. mengemukan tuntutan terhadap Youtube.com kerana pemilihan nama Youtube telah menyebabkan masalah kepada domain Utube.com kerana pelawat tersalah masuk dan menyebabkan lebihan bebanan kepada Utube.com.

7 :: Google Inc, membeli Youtube dari pengasasnya dengan nilai USD1.65 billion pada Oktober 2006.

8 :: Pada tahun 2007, jalurlebar yang digunakan oleh Youtube hampir menyamai jalurlebar yang keseluruhan internet di dunia. Dengan erti kata lain, hampir pengguna internet diseluruh dunia mengakes laman Youtube.

9 :: Majalah Forbes melaporkan dalam terbitan Jun 2008, bahawa Youtube dianggarkan memperolehi pendapatan mencecah USD200 juta untuk tahun 2008.

10 :: Pada tahun 2008, Youtube telah mendapat penghargaan dari George Foster Peabody Award kerana telah menjadi ‘speakers corner’ dan turut berjasa dalam pembangunan demokrasi dan kebebasan bersuara.

11 :: Sehingga kini Youtube menjadi penyedia laman video dalam talian paling dominan di dunia dengan menguasai 43 peratus dari pasaran. Dianggarkan lebih 20 jam video dimuat naik ke Youtub dengan lebih 6 billion penonton setiap hari.


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: