Remaja hilang dua hari, dirogol teman lelaki


Kajang :: Kehilangan seorang remaja perempuan selama dua hari terjawab apabila dia bersama teman lelakinya terserempak dengan abang kandungnya ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Batu 9, Cheras, di sini, kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

Lebih mengejutkan, adiknya yang berusia 15 tahun mengaku dia dirogol teman lelakinya itu di rumah sewa lelaki berkenaan di Bukit Belimbing, di sini, sejak melarikan diri sabtu lalu.

Berang dengan pengakuan itu, abang mangsa kemudian membawa adiknya ke Balai Polis Batu 9, Cheras, untuk membuat laporan sebelum teman lelakinya berusia 20 tahun di tahan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebelum ditemui, mangsa dilapor melarikan diri dari rumah keluarganya dan usaha mengesannya dilakukan keluarganya.

Mangsa dikatakan terpedaya dengan ayat manis teman lelakinya yang mengajak bermalam di rumahnya dan meminta mangsa agar tidak bimbang.

“Termakan dengan pujuk rayu suspek, mangsa bersetuju bermalam di rumah suspek tanpa memberitahu keluarganya,”

“Melihat mangsa memasuki ‘jerat’, suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak dua kali sepanjang mangsa berada di rumah sewanya,” katanya.

Beliau berkata, selepas merogol mangsa, suspek merayu kepada mangsa agar perbuatan terkutuknya itu tidak dimaklumkan kepada sesiapa terutama kepada keluarga mangsa keran bimbang akan ditahan polis.

Bagaimanapun, usaha suspek menyembunyikan perbuatan kejinya itu tidak kesampaian apabila dia ditahan selepas abang mangsa memaksa mangsa untuk menceritakan kejadian sebenar sepanjang dia melarikan diri.

“Mangsa akhirnya akur dan mengaku dirogol suspek sebelum mangsa ditahan polis,”

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari kerana kesalahan merogol gadis dibawah umur dan kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: