Penangan final bola sepak sukan SEA, peminat meninggal dunia


Yan :: “Arwah ada mengadu sakit dada dan lemah, tetapi dia tidak mahu ke hospital,” kata Nafishah Jusoh, 46, kakak ipar kepada Ahmad Fauzi Ismail, 42, yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia disebuah kedai makan di Guar Chempedak, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.50 malam, mangsa dikatakan pengsan di kedai makan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira 10 minit kemudian.

Bagaimanapun, mangsa disah meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, Ahmad Fauzi bersama beberapa pelanggan lain sedang menonton perlawanan berkenaan yang ketika itu masuk masa tambahan.

Nafishah berkata, arwah ada memaklumkan kepadanya dia berasa tidak sihat dan mahu ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.

“Petang semalam (kelmarin) dia kata dia tidak sihat dan saya ajak dia ke hospital tetapi dia kata mahu pergi selepas perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia tamat,”

“Tetapi malangnya arwah tidak sempat ke hospital apabila dia diserang sakit jantung ketika menonton perlawanan itu,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Guar Chempedak, di sini, semalam.

Beliau berkata, arwah anak bongsu daripada empat beradik tidak mengalami masalah jantung sebelum ini dan hanya menghidap kencing manis.

“Arwah belum berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah selepas ibu bapa kami meninggal dunia. Dia bekerja sebagai juruelektrik sambilan sekiranya penduduk kampung memerlukan khidmat arwah untuk memperbaiki pendawaian elektrik,”

“Sejak beberapa hari lalu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah dia kelihatan seperti biasa. Cuma dia tidak sabar menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Seorang pembantu kedai makan, Hasli Ishak, 29, berkata, Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai itu dan dia kerap makan di situ.

“Ketika kejadian itu, dia sedang menikmati nasi goreng sambil menonton perlawanan bola sepak,”

“Sebelum dia pengsan, saya nampak dia lemah dan sempat menyuap makanan dengan perlahan sebelum dia pengsan di atas kerusinya,” katanya.

Hasli berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital berkenaan,” katanya.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: