Ditegur berbuat dosa, suami angkat parang


Gombak :: Seorang suami bukan sahaja bersekedudukan dengan kekasih gelapnya di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri, malah sanggup memukul dan mengugut dengan parang selepas cuba menasihatinya, ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 35 tahun bersama isteri lelaki berkenaan berusia 20-an datang ke kediaman berkenaan untuk berbincang dan menasihatinya supaya berubah.

Menurut sumber, mangsa hanya mengetahui kejadian itu selepas adiknya yang hilang sabar dengan sikap suaminya tinggal bersama teman wanita barunya itu datang ke rumahnya dan mengadu mengenai masalah rumahtangga yang menimpanya.

“Terkejut dan simpati mendengar cerita itu, mangsa mengajak adiknya bersemuka dengan suaminya itu untuk berbincang mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba, adiknya menyuruh mangsa pergi ke kediaman suaminya terlebih dahulu sementara dia berjumpa dengan ahli jawatankuasa penduduk bagi meminta bantuan.

“Mangsa mengetuk pintu rumah sebelum dibuka teman wanita adik iparnya itu. Mangsa kemudian terus bertindak memarahi wanita itu,” katanya.

Menurutnya, suami adiknya yang mendengar kekecohan itu terus melihat apa yang berlaku di luar rumah sebelum terkejut melihat mangsa.

“Sebaik melihat adik iparnya itu, mangsa terus menegur perbuatannya yang sanggup berlaku curang dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa,”

“Lelaki itu yang berang kakak iparnya campur tangan terus memarahi mangsa dan memintanya tidak mencampuri urusan rumahtangga mereka,” katanya.

Sumber berkata, pertengkaran itu berlangsung beberapa minit sebelum tiba-tiba bertukar ganas apabila lelaki itu yang berang menolak mangsa hingga terjatuh.

“Akibat kejadian itu, anak mangsa bersama anak adiknya terlepas daripada tangannya dan turut terpelanting menyebabkan mereka menangis kesakitan,”

“Tidak cukup dengan itu, lelaki itu yang hilang kawalan turut mengambil parang dan mengacukannya kepada mangsa supaya tidak masuk ke dalam rumah,” katanya.

Menurut sumber, lelaki terbabit terus membawa kekasihnya meninggalkan mangsa yang cedera di tangan.

“Mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan laporan itu diterima dan siasatan lanjutan sedang dijalankan.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: