Kepulangan skuad Harimau Muda ke tanahair disambut meriah


Sepang :: Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada jam 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Malaysia menundukkan Indonesia (4-3) melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos, dua tahun lalu.

Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Sementara itu, jurulatih, Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

“Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang syria,” katanya kepada pemberita sebaik tiba.

sumber :: Bernama


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: