Susulan laporan budak pantai meniduri pelancong asing


Kuala Lumpur :: Selamatkan generasi akan datang kerana meraka adalah gambaran masyarakat masa hadapan dan sebarang tindakan pada hari ini bakal memberi kesan kepada hidup mereka secara keseluruhannya. Begitu pendapat pendakwah dan tokoh agama, Datuk Hassan Mahmud al Hafiz.

Beliau mengulas laporan Metro Ahad, semalam, mengenai kegiatan budak pantai di Pulau Tioman yang mempunyai hubungan intim dengan pelancong asing sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif sekaligus menjejaskan industri pelancongan negara.

Menyifatkan ia sebagai gejala baru yang perlu ditanganu dengan segera, beliau berkata, sudah sampai masanya pihak berwajib khususnya agensi berkaitan memainkan peranan dan mengambil langkah agresif membendung kegiatan itu sebelum menular.

“Kita tidak mahu ia akan merosakkan masa depan mereka. Memang seronok dapat buat maksiat tanpa sekatan dan ini yang kita perlu beri perhatian, dalam usia muda, mereka lebih mudah hanyut dipengaruhi budaya luar,” katanya.

Hassan berkata, dalam konteks negara Islam di Malaysia, tidak sepatutnya kegiatan terbabit dibiarkan berterusan dan perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat yang tidak dapat menerima pergaulan bebas apatah lagi ia melibatkan pelancong asing.

Dalam hal ini, katanya, pihak berwajib sepatutnya mencontohi Qatar dan Arab Saudi yang melarang rakyatnya duduk berdua-duaan di tempat terbuka seperti pantai yang menjadi tumpuan pelancong.

“Kita tidak boleh berlembut lagi kerana ia akan menjadi barah yang membawa penyakit serius dalam masyarakat jika tidak ditangani. Umpama tegak rumah kerana sendi, kegiatan ini akan merosakkan akidah remaja dan meruntuh institusi masyarakat jika tidak dijaga,” katanya.

Laporan Metro Ahad itu antara lain menyebut, budak pantai berkenaan menggunakan ‘kelebihan’ mereka yang mampu berkomunikasi dengan pelancong, selain berperwatakan unik menyebabkan menjadi perhatian sebelum menjalin hubungan cinta.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan menggesa pengusaha di pulau pelancongan itu memantau pekerja mereka supaya tidak terbabit dengan kegiatan tidak bermoral berkenaan bagi memastikan imej negara sebagai destinasi pilihan tidak terjejas.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Mona Fairuz Nordin berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan gejala terbabit tidak memberi kesan negatif kepada industri pelancongan kerana pulau berkenaan tersenarai antara destinasi tumpuan pelancong.

sumber :: Harian Metro

entri berkaitan :: Rezeki budak pantai, jadi teman tidur pelancong asing


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: