Si bisu baru 3 hari keluar penjara, didakwa lagi


Kuala Terengganu :: Walaupun baru dibebaskan dari penjara tiga hari lalu kerana kesalahan mencuri, seorang lelaki kurang upaya masih tidak serik apabila melakukan jenayah sama dengan mencuri RM9 milik seorang guru yang ditinggalkan dalam kereta ketika mangsa menunaikan solat Isyak di Masjid Wakaf Tembusu, di sini, 16 November lalu.

Mohd Rizuan Mahmud, 28, dari Taman Semarak, Bukit tunggal, di sini, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh yang bisu dan anak ketiga dari lapan beradik mengaku bersalah ketika tuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang milik Mohd Ranai Ismail dalam sebuah kereta di tempat letak kereta di kawasan Masjid Wakaf Tembusu pada jam 8.15 malam.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 15(1), Akta Dadah Berbahaya tahun 1952 kerana positif morfin dalam ujian saringan air kencing.

Abdul Hayyi menetapkan 28 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi melantik jurubahasa khas selepas mahkamah meragui tahap kefahaman tertuduh terhadap tuduhan dibacakan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 bagi tuduhan pertama dan RM2,000 bagi tuduhan kedua dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar jaminan ditawrkan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dustan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa yang baru menunaikan solat dimaklumkan orang awam keretanya dipecahkan kira-kira jam 8.15 malam, 16 November yang lalu.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: