Senjata Kim Swee membakar semangat Harimau Muda


Kata-kata azimat bakal menjadi senjata terakhir jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee, bakal membakar semangat anak buah yang bakal membuat perhitungan dengan Indonesia bagi menentukan juara Sukan SEA edisi ke-26 hari ini.

Meskipu dihimpit kecederaan tonggak utama yang menyaksikan kehilangan Syahrul AzwariIbrahim (buku lali), Izzaq Faris Ramlan (lutut), Mohd Fandi Othman (hamstring) namun Kim Swee yakin anak buahnya akan turun beraksi demi maruah negara.

“Sebelum perlawanan bermula esok (hari ini), saya akan memberikan kata-kata semangat kepada pemain,”

“Pada mulanya saya mahu ucapkan pada perlawanan peringkat Kumpulan A dengan Indonesia sebelum ini tapi saya simpan dulu kerana mahu gunakan pada final ini,”

“Kata-kata ini pastinya akan membakar semangat juang pemain kerana ini membabitkan soal maruah negara,” jelasnya yang enggan menyatakan apakah kata-kata itu.

Mengulas ketiadaan tonggak utama termasuk kemungkinan terpaksa mengenepikan Irfan Fazail, Kim Swee bersedia membuat beberapa perubahan taktikal termasuk memasukkan Yong Kuang Yong, A Thamil Arasu dan Mohd Zubir Azmi.

Biarpun Kim Swee berdepan pelbagai masalah termasuk dihalang menemui pemain-pemain ditepi padang untuk meraihkan kemenangan ke atas Myanmar 1-0 di separuh akhir kelmarin, beliau tetap fokus untuk memastikan kejuaraan kekal milik Malaysia.

“Saya tidak tahu kenapa mereka tidak membenarkan saya masuk ke padang untuk bertemu pemain selepas tamat perlawanan semalam (kelmarin), besar sangat ke kesalahan saya sampai diperlakukan begini?,” katanya yang hanya menyaksikan perlawanan di bangku penonton.

“Keyakinan saya tetap sama seperti awal lagi bahawa pasukan negara mampu mempertahankan pingat emas,” katanya lagi.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: