Mustahil pantau media sosial


Kuala Lumpur :: Pemantauan maklumat yang disebarkan melalui Facebook, Twitter, Blog dan pelbagai media baru adalah mustahil lebih-lebih lagi kerana dianggarkan lebih 12 juta pengguna media itu di negara ini, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, kerajaan berharap melalui pendidikan yang diterima rakyat dari semasa ke semasa, pengguna rangkaian itu akan lebih bertanggungjawab.

“Tidak harus dan tidak boleh mana-mana pihak memantau Facebook atau Twitter kerana bilangannya terlampau besar dan tidak boleh seseorang itu membuat pemantauan bagi 12 juta pengguna misalnya,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Lebih 2,000 pengguna sosial terutama kalangan blogger pro kerajaan menghadiri konvensyen sehari itu, semalam.

Rais berkata, di Amerika Syarikat juga sudah mula diperdebatkan samada peranan media sosial harus dibuat pemantauan, tetapi di negara ini, kerajaan lebih berminat untuk mendidik rakyat supaya lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka tulis.

sumber :: Bernama


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: