Terpedaya cinta palsu di laman sosial


Ipoh :: Sindiket penipuan menggunakan Facebook yang didalangi warga Afrika bukan hanya menipu warga tempatan, malah turut menyamar sebagai gadis jelitawan kelahiran Malaysia untuk memperdaya ramai lelaki mat salih.

Suspek yang menabur cinta palsu melalui laman sosial ini didakwa sengaja menawarkan diri untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan dengan syarat mangsa membelikan tiket penerbangan. Laman web berita CanadaEast.com dipetik berkata, dalam kejadian terbaru seorang lelaki warga Kanada menjadi mangsa penipuan cinta siber selepas saling berkenalan dan menjalin hubungan di laman sembang sosial Facebook.

Difahamkan, mangsa terpedaya dengan sindiket terbabit yang berpura-pura menyamar sebagai gadis jelita berasal dari Malaysia yang kesunyian dan mencari teman hidup.

Sindiket bijak mempermainkan perasaan mangsa dengan menggunakan kata-kata manis hingga menyebabkan mangsa jatuh cinta terhadap hubungan cinta palsu diada-adakan itu.

Lebih membuat mangsa percaya apabila gadis rakyat Malaysia dimaksudkan itu meluahkan perasaan dan kesanggupannya untuk terbang ke Kanada semata-mata untuk berkahwin dengan mangsa.

Bagaimanapun gadis berkenaan sengaja mereka-reka masalah kononya berdepan kesempitan kewangan bagi membeli tiket penerbangan ke Kanada.

Mangsa yang tidak sabar untuk bertemu buah hatinya itu kemudian bersedia menawarkan bantuan dengan menghantar wang kepada kekasihnya itu.

Difahamkan mangsa diminta membuat beberapa pemindahan wang berikutan gadis terbabit sering kali memberi pelbagai alasan dan masalah lain.

Mangsa yang sudah menghantar wang dengan jumlah keseluruhan hampir K$30,000 (RM90,000) bagaimanpun menyedari ditipu apabila buah hatinya itu masih tidak sampai ke Kanada selepas tiga bulan.

Mangsa yang diperdaya sindiket penipuan cinta internet itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Kes penipuan berkenaan didakwa semakin popular dan ramai lelaki Kanada menjadi mangsa sindiket yang dipercayai berpangkalan di Malaysia.

Malah dalam satu kes berasingan, seorang lelaki Kanada sanggup menjual rumahnya semata-mata untuk diberikan kepada sindiket terbabit.

Pendedahan kes terbaru itu dipercayai ada kaitan dengan penahanan 13 ahli sindiket warga Nigeria awal bulan ini disekitar Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Syukri Dahlan, suspek didalangi 12 lelaki warganegara Nigeria dan seorang wanita warga Singapura itu dikesan mempunyai kaitan berhubung 44 laporan kes penipuan di dalam dan di luar negara.

Menurutnya, ahli sindiket gemar menggunakan modus operandi dengan terlebih dahulu berkenalan dengan mangsa menerusi laman sosial Facebook.

“Ahli sindiket yang bijak bijak menggoda menggunakan tulisan Facebook kerap menggunakan umpan ‘perkahwinan’ bagi memperdaya mangsa,” katanya.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: