Padah lari dari asrama, jadi mangsa lelaki tidak dikenali


Arau :: Akibat kebosanan, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang bertindak melarikan diri dari asrama sekolahnya, dekat sini, berdepan detik menyayatkan hati apabila menjadi mangsa rogol seorang lelaki pada khamis lalu.

Mangsa dipercayai memanjat pagar asrama kira-kira jam 10.45 malam sebelum terserempak dengan seorang lelaki berusia 22 tahun di sebuah stesen bas lalu mempelawa diri untuk menemani gadis itu. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nazri Hussain berkata, suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar di Kangar, dekat sini, sehingga tengah malam.

Katanya, mangsa yang berasal dari Lubuk Sireh tidak dapat pulang ke asramanya kerana sudah lewat malam sebelum diajak pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Mangsa tidak mengesyaki sesuatu yang buruk apabila suspek memaklumkan tinggal bersama keluarga selain berjanji menghantarnya pulang ke asrama pada keesokan harinya,”

“Percaya dengan kata suspek, mangsa mengikut lelaki itu pulang ke rumahnya sebelum dirogol dan dikurung sehingga petang keesokan harinya. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ketika ketiadaan lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, pihak sekolah yang terkejut dengan kehilangan mangsa dari asrama kemudian mencarinya sebelum berjaya menemui mangsa pada petang kelmarin.

Katanya, selepas disoal, mangsa memberitahu dia keluar dari asrama sekolah sebelum dirogol suspek menyebabkan laporan berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Daerah Arau untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan laporan polis, suspek ditahan kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: