Tragedi balik kampung, dinoda dua lelaki


Jertih :: Kepulangan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kota Bharu, Kelantan, untuk melawat dan bercuti di rumah neneknya berakhir tragedi apabila dirogol dua lelaki sebaik tiba di kampung berkenaan pada awal pagi 11 November yang lalu.

Mangsa yang belajar disebuah sekolah agama di Kota Bharu, tinggal bersama keluarganya di Kampung Lepar Limbat, Kota Bharu, dihantar pulang oleh teman lelakinya ke ke kampung neneknya pada hari kejadian.

Ketika ditinggalkan pada jam 2.30 pagi di tepi jalan, mangsa yang berjalan kaki ke rumah neneknya di Kampung Beris, Alor Pisang, Kula Besut tiba-tiba didekati seorang pemuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria berkata, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan berpura-pura bertanyakan ke mana destinasi mangsa.

Beliau berkata, apabila mangsa enggan melayan, suspek mengugut mangsa dengan mengatakan dia tahu dengan siapa mangsa keluar dan akan memberitahu keluarga, terutama neneknya mengenai tindakan mangsa keluar bersama teman lelaki hingga awal pagi.

Katanya, suspek memberikan syarat yang mangsa perlu melakukan hubungan seks dengannya jika tidak mahu rahsianya keluar bersama teman lelakinya terbongkar.

“Akibat bimbang suspek membongkar rahsianya yang sering dihantar pulang ke rumah neneknya oleh teman lelaki, mangsa bersetuju melakukan hubungan seks dengan suspek,”

“Pada masa yang sama, seorang rakan suspek tiba di tempat berkenaan dan membawa ke rumah kosong berdekatan rumah nenek mangsa,” katanya.

Kamarudin berkata, mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek di atas pasir di tepi rumah kosong berkenaan dengan disaksikan rakannya itu.

“Tidak lama selepas itu, suspek memanggil seorang rakan lain yang kemudian turut merogol mangsa di tempat sama sambil disaksikan seorang lagi rakan suspek sebelum mangsa dihantar tiga suspek terbabit pulang ke rumah neneknya,” katanya.

Menurutnya, mangsa menceritakan musibah yang berlaku kepada neneknya lima hari selepas kejadian sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, 16 November lalu.

Katanya, susulan laporan itu, tiga suspek berasal dari Kuala Besut dicekup di rumah masing-masing pada hari sama dan direman bermula kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: