Suami mengidam perawan, anak gadis jadi mangsa


Hong Kong :: Seorang ibu menghantar anak perempuannya yang berusia 17 tahun untuk pembedahan pemulihan selaput dara sebelum mengatur suaminya untuk mengadakan hubungan seks dengan gadis itu.

Dia juga dipercayai meminta gadis itu melakukan aksi bogel dihadapan suaminya yang berusia 37 tahun.

Remaja perempuan itu mengatakan perkara ini dihadapan mahkamah di Hong Kong selepas dakwaan memperkosa diajukan ke atas ayah tirnya.

Menurut remaja itu, kedua ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun dan setelah itu ibunya berkahwin dengan suspek yang merupakan ayah tirinya.

Katanya, ketika dia berumur 16 tahun, ibunya yang berusia 39 tahun memujuknya untuk melakukan hubungan seks dengan ayah tirinya.

“Ibu ingin memenuhi keinginan ayah tiri yang ingin melakukan hubungan seks dengan gadis yang masih perawan, jadi ibu meminta saya melakukannya dengan ayah tiri saya tapi pada saat itu saya bukan perawan lagi,” katanya.

Dia berkata, ketika ibunya mendapat tahu tentang perkara itu, dia dipaksa oleh ibunya untuk mendapatkan selaput dara ‘buatan’ dan mengancam akan memotong jari-jarinya jika dia enggan menurut.

Gadis itu akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu. Setelah itu ibunya merancang percutian keluarga ke Cheung Chau, dengan tujuan mengatur agar suaminya dapat menikmati hubungan seks dengan seorang gadis yang masih perawan, iaitu anak gadisnya sendiri.

Bagaimanapun, ayah tirinya tidak dapat menunggu dan menahan gelora nafsunya lalu memperkosa gadis berkenaan di rumah mereka.

Remaja perempuan itu mengatakan kepada mahkamah, dia telah mengadu tentang dirinya yang diperkosa oleh ayah tirinya, namun ibunya tidak melakukan sebarang tindakan untuk membantunya.

Dia kemudian membuat laporan polis selepas dinasihati oleh teman lelakinya dan seorang pekerja sosial.

Penasihat undang-undang bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dengan mengatakan remaja perempuan itu telah mereka-reka cerita setelah ayah tirinya menolak permintaannya untuk membeli sebuah laptop.

sumber :: Yahoo! Updates


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: