Remaja ancam bunuh diri elak tubuh terus ‘diratah’


Kajang :: Ancaman seorang remaja perempuan ingin membunuh diri dengan menikam perutnya dengan meenggunakan pisau berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus menjadi tawanan dan pemuas nafsu beberapa lelaki di sebuah rumah kedai, di Bandar Kajang, kelmarin.

Remaja berusia 19 tahun itu yang terdesak melarikan diri selepas dua kali diperkosa teman lelaki dan rakan bertindak berani mengambil pisau di dapur sebelum berlakon seolah-olah ingin menikam perut jika mereka enggan membebaskannya dengan segera.

Semua suspek yang berusia 20-an yang panik dengan tindakan luar jangkaan itu akur dengan ugutan mangsa sebelum membuka pintu dan membiarkan mangsa melarikan diri.

Menurut sumber, suspek yang masih tidak berpuas hati cuba mengejar mangsa namun berpatah balik apabila melihat kereta peronda polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan menghampiri mangsa.

“Sengsara mangsa selepas beberapa jam dijadikan hamba seks suspek berakhir sebaik sahaja dia diselamatkan polis yang membawanya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan dan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa,”

“Malah suspek menyedari kehadiran polis turut melarikan diri selepas panik mangsa diselamatkan pihak berkuasa,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu sumber berkata, remaja malang terbabit pada mulanya diajak keluar makan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam tanpa mengesyaki niat keji suspek terhadap dirinya.

“Suspek menjemput mangsa dengan motosikal di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri, sebelum terus membawanya ke Kajang dengan alasan ingin keluar makan bersama,”

“Bagaimanapun dia mula berasa pelik apabila temannya itu melencong ke tempat lain sebelum berhenti di sebuah rumah kedai,” katanya.

Sember berkata, syak sesuatu tidak kena, mangsa cuba melarikan diri namun gagal apabila suspek menariknya masuk ke dalam rumah itu.

“Suspek seterusnya memaksa mangsa untuk masuk ke dalam bilik dan mengugut untuk mencederakannya jika mangsa enggan menuruti permintaannya,”

“Sebaik masuk, suspek yang tidak dapt menahan gelora nafsu merogol mangsa walaupun dia merayu berkali-kali supaya tidak dinodai,” katanya.

Katanya, selepas puas ‘meratah’ tubuh mangsa, seorang lagi rakan suspek masuk ke dalam bilik berkenaan dengan niat yang sama.

“Mangsa sekali lagi dipaksa melayan kehendak seks lelaki itu yang mengugut akan mencederakannya jika enggan menurut kemahuan suspek,”

“Selepas puas meratah tubuh mangsa, suspek terus keluar dan menyuruh seorang lagi rakan mereka masuk ke dalam bilik itu,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan terus dijadikan tempat pemuas nafsu, dia akhirnya nekad melawan dan menolak suspek sehingga terjatuh sebelum berjaya keluar dari bilik berkenaan dan berlari menuju ke dapur.

“Dia lantas mencapai pisau menyebabkan teman lelaki dan rakannya tersentak dan berusaha mendapatkannya menyebabkan mangsa mengugut untuk membunuh dirinya,”

“Panik dengan tindakan mangsa, seorang daripada mereka membuka pintu rumah berkenaaan sebelum mangsa melarikan diri ke jalan utama,” katanya.

Derita mangsa berakhir apabila terserempak dengan kereta peronda polis yang membuatg rondaan rutin sebelum dia dibawa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: