Rogol gadis bawah umur dalam kontena


Kuala Terengganu :: Angkara terlalu mengikut nafsu, seorang duda kepada tiga anak sanggup menjadikan gadis bawah umur yang baru dikenali tiga minggu sebagai pemuas nafsu dengan merogolnya di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesyen minyak di Paka, Dungun, 4 Julai lalu.

Bagaimanapun, natijah perbuatan terkutuk Jefri Hisham Devandass, 31, dari Kampung Teluk Menara, Manir, di sini, terbalas setelah dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Seksyen, di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4 Julai lalu antara jam 8.45 malam hingga jam 9 malam di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun, didakwa telah merogol seorang gadis bawah umur, 15 tahun 5 bulan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhkan hukuman penjara minimum 5 tahun hingga maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmod, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menarik tangan mangsa yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dan memaksa masuk ke dalam sebuah kontena lalu bertindak membuka pakaian mangsa.

Sejurus berbuat demikian, tertuduh merogol mangsa di atas katil di dalam kontena tersebut.

Mangsa berjaya melarikan diri selepas tertuduh beredar dari lokasi kejadian sebaik sahaja merogolnya dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Dungun dengan ditemani ahli keluarganya.

Laporan perubatan mendapati ada kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa. Rentetan laporan dibuat, tertuduh berjaya ditangkap 9 November lalu kira-kira jam 10.45 pagi di Kampung Kebor Air Manir, di sini, oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu.

sumber :: Sinar Harian


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: