Pemandu mabuk rempuh wanita mengandung


Labuan :: Kemalangan jalan raya berpunca daripada tabiat memandu dalam keadaan mabuk semakin meningkat di pulau ini dengan kes terbaru Ahad lalu mengakibatkan seorang wanita keguguran kandungan apabila dirempuh sebuah kereta di bahu jalan di Kampung Layang-Layangan, di sini.

Polis berkata, Jennive Natalia Gerin Muhammad, 19, yang sarat mengandung lapan bulan bersama empat saudaranya berjalan kaki menuju ke kedai runcit di Jalan OKK Daud kira-kira jam 4 petang ahad lalu apabila dilanggar sebuah kereta Proton Saga, dipercayai dipandu dibawah pengaruh alkohol.

Timbalan Penguasa Polis, Lim Nee Koon, berkata seorang lagi mangsa adalah kanak-kanak berusia dua tahun yang patah tangan kanan manakala tiga lagi berusia 35, 14 dan 10 tahun hanya cedera ringan.

“Paling menyayat hati, wanita berkenaan terpaksa dirawat di Kota Kinabalu untuk mengeluarkan bayi yang dikandungnya,” kata Lim.

Katanya, pemandu mabuk berumur 22 tahun itu kini direman dan sedang disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM10,000.

Lim berkata, polis akan sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan undang-undang jalan raya seperti OPS Mabuk, berikutan banyak kemalangan berlaku membabitkan kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol.

Rabu lalu, satu kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk juga berlaku di mana penunggang motosikal berusia 64 tahun dan anak lelakinya yang membonceng mengalami kecederaan akibat dirempuh dari belakang kira-kira jam 9.15 malam.

“Setakat ini 33 individu dihadapkan ke mahkamah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya. -Bernama.

sumber :: Berita Harian


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s