Murid tahun empat beri sumbangan pada rakan


Kuantan :: “Saya ikhlas memberi separuh dari wang sumbangan yang saya terima ini kepada rakan karib saya, Danish Din Alawi, untuk membantunya membuat persiapan persekolahan tahun depan. Saya tahu keluarganya kurang berkemampuan,” kata Muhammad Zal Zikri Mohd Radzi, 10.

Muhammad Zal Zikri yang juga merupakan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Setongkol itu sudah mendapat keizinan ibunya, Norizan Razali, 48, sebelum menyerahkan sebahagian dari wang RM100 yang diterima itu kepada rakan karibnya itu yang juga merupakan anak kepada seorang pencari besi buruk.

“Saya simpati dengan kesusahan hidupnya dan tidak rasa terbeban untuk terus membantunya selagi mengizinkan saya untuk berbuat demikian,” ujarnya yang kelihatan malu-malu ketika ditemui di sekolahnya, semalam.

Muhammad Zal Zikri dan Danish antara 626 murid sekolah berkenaan yang yang menerima bantuan khas awal persekolahan 2012 yang disalurkan kerajaan dan disampaikan Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusuf.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: