Kisah tiga pakcik peminta sedekah


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya sebelum terlihat tiga orang peminta sedekah yang tua dan uzur sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia kasihan melihat mereka, berpakaian compang-camping dan kelihatan sungguh tak bermaya. Dia kemudian menghampiri mereka…

Wanita :: Saya tidak mengenali pakcik bertiga. Namun saya pasti pakcik bertiga sedang lapar. Jemputlah masuk ke rumah saya, akan saya sediakan sedikit makanan…
Pakcik 1 :: Terima kasih anak… Tapi, adakah suami anakk dirumah?
Wanita :: Tidak… dia sedang keluar sebentar…
Pakcik 2 :: Maaf… kami terpaksa menolak pelawaan anak tu…
Wanita :: Tapi mengapa pakcik? saya benar-benar ingin membantu… dan saya pasti suami saya juga tidak keberatan…
Pakcik 3 :: Maaf nak… masih kami terpaksa menolak… tunggulah sehingga suami kamu pulang dan memberi keizinan…

Tidak berapa lama kemudian suaminya pulang ke rumah, dan wanita itu segera memberitahu tentang kejadian tersebut…

Wanita :: Ada tiga orang pakcik yang sangat tua dan uzur di luar sana. Saya mempelawa mereka masuk ke rumah untuk diberi makan. Namun mereka menolak kerana abang tidak ada di rumah…
Suami :: Benarkah begitu? Di mana mereka sekarang? Pelawalah mereka masuk dan jamulah mereka dengan hidangan yang enak-enak. Kerana sekarang aku sedang berada di rumah…

Setelah diberi izin, wanita itu segera pergi mendapatkan ketiga pakcik peminta sedekah itu…

Wanita :: Pakcik bertiga, jemputlah masuk ke rumah untuk saya jamu dengan makanan yang enak-enak… suami saya sedang berada di rumah dan dia telah memberi izin…
Pakcik 1 :: Maaf anak … kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama…
Wanita :: Tapi mengapa pakcik?
Pakcik 1 :: Namaku Kekayaan…
Pakcik 2 :: Namaku Kejayaan…
pakcik 3 :: Dan namaku Kasih Sayang… sekarang pergilah kau semula kepada suamimu… tanyakan padanya, siapakah antara kami bertiga yang dia benar-benar ingin pelawa masuk ke rumahnya…

Wanita itu menceritakan hal itu kepada suaminya…

Suami :: Jemputlah pakcik yang bernama Kekayaan itu masuk… semoga kita beroleh berkat dan dikurnia kekayaan untuk rumah ini…
Wanita :: Mengapa tidak saja kita menjemput masuk pakcik yang bernama Kejayaan itu? Bukankah dengan kejayaan kita bisa memiliki kekayaan?

Kebetulan anak perempuan mereka sedang mendengar dari suatu sudut yang lain…

Anak perempuan :: Ayah… Ibu… adalah lebih baik kita menjemput pakcik yang bernama Kasih Sayang itu… agar tumah kita diselubungi kasih sayang…

Setelah berfikir sebentar, si suami menyuruh isterinya menjemput pakcik yang bernama Kasih Sayang itu…

Wanita itu keluar dan mempelawa pakcik yang bernama Kasih Sayang itu masuk ke rumah. Sebaik pakcik yang dimaksudkan itu bangun dan melangkah, dua orang pakcik lagi mengekorinya dari belakang. Wanita itu berasa pelik dan bertanya…

Wanita :: Bukankah tadi pakcik bertiga katakan tidak akan masuk ke rumah bersama-sama dan menyuruh saya hanya mempelawa hanya salah seorang dari kamu?

Lalu ketiga-tiga pakcik peminta sedekah itu menjawab, “Jika kamu menjemput hanya Kekayaan atau Kejayaan, yang lain pastinya akan tinggal diluar… Namun kamu telah memilih Kasih Sayang, lalu Kekayaan dan Kejayaan akan sentiasa bersamanya”


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: