Disebalik dialog selepas perpisahan


Farah dan Adam telah berpisah hampir setahun yang lalu kerana merasakan diri tiada lagi keserasian. Sebelum ini mereka memang pasangan yang bahagia, namun takdir dan jodoh itu ditangan tuhan. Hubungan yang dibina sejak lima tahun lalu akhirnya terkandas di tengah jalan. Mereka berdua redha dengan ketentuan itu, terpaksa melepaskan walau hakikatnya sayang dan cinta itu masih ada…

Suatu hari mereka terserempak disebuah pusat beli-belah, senyum terukir pada wajah masing-masing. Mereka berdua berlagak tenang, namun dalam hati siapa yang tahu. Mereka sedar kedudukan masing-masing, Adam kini bergelar tunangan orang…

Farah :: Seorang? Tunang tak ikut sekali?
Adam :: Ye seorang je… Tak, dia tengah ada keje… Lagipun I keluar sekejap je ni, lepas ni dah nak kena masuk office balik…
Farah :: Erm, maaf tak dapat hadir majlis pertunangan U… Kebetulan I kene keje outstation… Tahniah U…
Adam :: Takpe U… Lagipun I buat majlis kecil-kecilan je…

Farah :: Cantik tunang U…
[dalam hati Farah… Betul ke dia lebih cantik dari I?]

Adam :: Ye, dia memang seorang yang cantik…
[dalam hati Adam… Dia tak secantik U]

Farah :: I kenal die dari kawan I… Bertuah U, die baik, mesra, lemah lembut, pandai mengambil hati dan lucu juga orangnya…
[dalam hati Farah… I takde semua kualiti tu]

Adam :: Oh… U kenal die? Ye dia memang macam orang U cakap tu…
[dalam hati Adam… Tapi dia tetap tak setanding U]

Farah :: I harap U dan die berbahagia sehingga ke anak cucu…
[dalam hati Farah… I sedih sebab tak dapat jadi orang yang bahagiakan U]

Adam :: TQ… I pun harap U berbahagia dengan orang yang U sayang…
[dalam hati Adam… Apa yang sebenarnya terjadi antara kita dulu?]

Farah :: Eh… I dah lewat ni… I kene pergi dulu…
[dalam hati Farah… I tak boleh nak U nampak I menangis]

Adam :: I pun same… dah lewat I kene masuk office ni…
[dalam hati Adam… I harap U takkan bersedih dan menangis]

Farah :: Bye…
[dalam hati Farah… I masih cintakan U. I rindukan U]

Adam :: Bye… jumpe lagi…
[dalam hati Adam… I masih cintakan U. Walau I bersama dengan orang lain, tapi cinta I tetap pada U… Takkan pernah padam]


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: