Awas! Jangan terpedaya sindiket bantuan rakyat RM500


Kuala Lumpur :: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi peringatan kepada pemohon Program Bantuan RM500 agar tidak terpedaya dengan sindiket pendaftaran permohonan bantuan palsu yang dipercayai sedang mengambil peluang sekarang ini.

Pegawai Perhubungan Awam (LHDN), Masrun Maslim berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mula mengedarkan malah menjual borang permohonan palsu sedangkan borang permohonan sebenar masih belum dikeluarkan lagi dan pendaftaran adalah percuma.

“Borang Permohonan Bantuan RM500 tersebut sedang dalam proses akhir penyediaan dan akan diedarkan ke setiap pejabat LHDN seluruh negara dan boleh dimuatturun di laman sesawang rasmi LHDN sebaik sahaja siap,”

“Mekanisme pengagihan bantuan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan dan setakat ini kami belum melantik mana-mana pihak bagi urusan pendaftaran bantuan RM500 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LHDN berharap penjelasan ini dapat membantu orang ramai daripada terpedaya oleh sebarang sindiket penipuan yang berkaitan dan LHDN juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh orang ramai akibat penipuan ini.

Belanjawan 2012 memperuntukkan RM500 bagi setiap isi rumah dengan pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Untuk menuntut wang ini, mereka perlu mengisi borang yang boleh didapati di pejabat terdekat LHDN. -Bernama.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s