Bertengkar dengan teman lelaki, gadis terjun kondo


Petaling Jaya :: Seorang remaja perempuan mati selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Sungai Way, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 19 tahun itu dipercayai terjun dari tingkat lima kondominium berkenaan pada jam 12 tengah malam selepas bertengkar dengan teman lelakinya di kawasan parkir bangunan itu.

Menurut sumber, mangsa yang juga penuntud sebuah kolej di Cheras nekad terjun selepas bergaduh dengan teman lelakinya di dalam kereta.

“Mangsa berasal dari utara tanah air dan menuntut di kolej berkenaan sejak awal tahun lalu,”

“Dia dan teman lelakinya bergaduh di dalam kereta di tingkat lima bangunan berkenaan sebelum pelajar terbabit membuka pintu dan terjun,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang cedera dikepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

sumber :: Harian Metro


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: