6 perkara yang meruntuhkan hubungan cinta


Saat anda menjalinkan hubungan cinta, banyak perkara yang boleh mengganggu dan menghancurkan hubungan cinta anda. Jika tidak diatasi dengan segera, ini akan menyebabkan hubungan cinta terkandas di pertengahan jalan.

1 :: Ketidakpercayaan
Salah satu hal utama yang boleh membunuh hubungan anda adalah kepercayaan. Jika pasangan tidak saling mempercayai, hubungan tidak akan berjalan dengan jujur. Jika anda terus-menerus mengesyaki atau mencurigai pasangan anda, atau sebaliknya, hubungan akan berakhir secara perlahan-lahan. Cari dan ambil tahu tentang apa yang menyebabkan rasa tidak percaya di antara anda dan pasangan anda wujud. Berbicaralah dari hati ke hati untuk menyelesaikannya.

2 :: Stress
Banyak hal yang boleh menyebabkan berlakunya stress dalam hubungan. Dalam hubungan yang penuh stress, perpisahan akan mudah berlaku. Cari cara untuk mengelakkannya bersama pasangan atau bersendirian. Bila perlu cuba minta bantuan pada rakan rapat anda untuk mengurangkan beban fikiran.

3 :: Berdendam
Jangan pernah sama sekali berdendam terhadap pasangan anda. Jika perasaan itu wujud antara satu sama lain, pasti anda akan menghadapi kesukaran untuk membina masa depan bersama. Untuk mengatasinya, anda perlu berbincang dengan pasangan mengenai alasan mengapa perasaan dendam itu wujud.

4 :: Kurang komunikasi
Pasangan yang jarang berkomunikasi akan sukar memahami kehendak satu sama lain. Selalulah berkomunikasi dan luahkanlah apa yang anda rasakan kepada pasangan anda. Mulakan dari hal kecil hingga ke hal yang memerlukan perhatian penting.

5 :: Berselisih pendapat
Anda dan pasangan selalu berselisih pendapat dalam hampir setiap perkara. Berhati-hatilah, kerana pertangkaran besar bermula dari pertengkaran-pertengkaran yang kecil. Luangkan masa untuk diri sendiri dan renungkan denga tenang untuk melihat hubungan anda melalui perspektif positif.

6 :: Bekas kekasih
Bukan bererti anda tidak boleh lagi bersahabat dengan bekas kekasih anda. Namun lebih baik menjaga jarak dan menghadkan perhubungan dengan bekas kekasih agar tidak timbul kecurigaan.


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: