Tips merawat kesedihan akibat putus cinta


1 :: Jangan hubungi bekas kekasih anda.
Jangan call, jangan sms, jangan ber-Facebook, e-mail atau apa cara sekalipun. Jangan lakukan sebarang komunikasi dengan bekas kekasih anda. Biarkan perkara ini berlarutan selama mana yang mungkin, sehingga anda benar-benar sembuh…

2 :: Jangan hubungi atau meluahkan perasaaan kepada rakan bekas kekasih.
Disebabkan tidak dapat menghampiri bekas kekasih anda, akhirnya anda memutuskan untuk berhubung dengan rakan bekas kekasih anda dan meluahkan masalah antara anda dan bekas kekasih. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan…

3 :: Luahkan perasaan hanya dengan teman rapat atau keluarga anda.
Masalah cinta memerlukan seseorang yang benar-benar memahami anda, keluarga adalah yang terbaik meluahkan perasaan. Jika memilih teman rapat untuk meluahkan, pastikan dia benar-benar rapat dengan anda. Elakkan menceritakan masalah anda pada orang yang anda tidak begitu kenali atau hanya sekadar teman biasa, ini kerana anda akan membuka peluang untuk diri anda di ambil kesempatan…

4 :: Jangan biarkan diri berseorangan.
Jangan sesekali biarkan diri anda berseorangan, mungkin anda perlu ruang bersendirian tetapi anda memerlukan seorang teman. Bergembira dengan teman-teman anda, ini untuk mengelakkan anda berada dalam situasi “stress” dan kemurungan.

5 :: Hadiahkan diri dengan sesuatu yang seronok.
Anda perlu sedar, bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih, maka tiada penyelesaian yang dapat anda temui. Oleh itu, anda perlu memberikan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan kepada diri sendiri. Pergi bercuti ke suatu tempat yang asing bagi anda, mungkin dengan cara ini anda mampu meredakan kesedihan. Beri ganjaran pada diri kerana berjaya mengharungi kesusahan.

6 :: Buang semua tentang kenangan lalu bersamanya.
Buang benda-benda atau perkara-perkara yang boleh membangkitkan kenangan anda bersama bekas kekasih. Jika anda terasa sayang untuk membuangnya, cuba alihkan jauh dari sudut pandangan anda supaya anda tidak bersedih apabila terkenang kembali tentang sidia. Mungkin dengan membungkus kemas benda atau perkara itu dan disimpan dalam ruang stor. Padamkan nombor telefon dan sms-sms yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

7 :: Sibukkan diri.
Sibukkan hari anda, agar anda tidak punya ruang untuk bersendirian dan memikirkan hal yang telah terjadi.

8 :: Muhasabahkan diri dan kembali kepada-NYA.
Nasihatkan diri anda untuk menerima keadaan, yakinkan diri yang sidia bukan jodoh anda dan sedang ada seseorang yang lebih baik untuk anda. Banyakkan berdoa dan beribadah kepada ALLAH… Bermohon diberi ketetapan dan kekuatan hati untuk mengharungi segala ujian-NYA…


3 responses to “Tips merawat kesedihan akibat putus cinta

  • EytTa

    betul lha, law kta trusx2 bersendirian, . . kta akn tmbh sedih

    • bam

      eyaa mmg betul, so jgn suka bersendirian pastikan anda sentiasa busy, tapi sya tau biar kamu busy pun msh teringatkan si dia jadi, yang penting berdoa dan minta petunjukn dari TUHAN.

  • bam

    sya baru sahaja putus cinta dan memang sya sangat sakitt dan terluka, sehinggakan sya rasa nak bunuh diri, saya salahkan diri saya dalam hal ini sebab sya pernah lukai dia..patut ka saya trus rasa bersalah, rasa serbah salah ini membuatkan saya betul tersiksa, hati saya seringkali berkata “kalau la saya tidak lakukan perkara bodoh dulu”…

Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: